KESATUAN SEKERJA
APAKAH ITU KESATUAN
SEKERJA?
Menurut
Akta Kesatuan Sekerja 1959, kesatuan sekerja merupakan satu persatuan atau gabungan majikan atau pekerja yang berkerja
di Malaysia

Pekerja-pekerja menyertai kesatuan sekerja kerana
mereka sedar bahawa secara kolektif
mereka akan berada dalam kedudukan yang membolehkan
mereka meminta gaji yang lebih dan
syarat-syarat pekerjaan yang lebih baik.
Kesatuan sekerja bukan hanya berminat mengenai
kehidupan ahli-ahli mereka semasa waktu bekerja tetapi juga secara meluas
menggalakkan kerajaan meluaskan
perundangan dan memperkenalkan polisi-polisi
yang akan memberi faedah kepada pekerja-pekerja pada amnya
Aktiviti-aktiviti kesatuan sekerja mempunyai tiga
cabang. Ia memberi tumpuan kepada majikan,
individu dan layanan majikan terhadap pekerja-pekerja mereka, mengenai
isu-isu kebangsaan yang lazim kepada semua majikan dan memberi kesan kepada
semua pekerja serta mewakili
pekerja-pekerja individu yang memohon bantuan mereka
APAKAH ITU AKTA KESATUAN SEKERJA 1959?
Akta Kesatuan Sekerja 1959 merupakan akta untuk mengawal selia aktiviti kesatuan dan perkara berhubung dengan pertikaian kesatuan, penggunaan dan pembekalan dana, penubuhan kesatuan, penubuhan Persekutuan Kesatuan Sekerja.

Akta Kesatuan Sekerja 1959 ini ditadbir oleh Jabatan Hal
Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS), Kementerian Sumber Manusia, Malaysia.
APAKAH FUNGSI UTAMA KESATUAN SEKERJA?
A.
Melindungi
kepentingan ahlinya.
B.
Mengawal selia
perhubungan antara pekerja dan majikan mereka.
C.
Menjalankan
tawar-menawar kolektif dengan pekerja untuk menyempurnakan Perjanjian Kolektif.
A.
Mewakili pekerja
dalam pertikaian perusahaan dengan majikan mengenai hal-hal disiplin.
B.
Mewakili pekerja
dalam Mahkamah Perusahaan, Mahkamah Buruh dll.
C.
Menjalankan
aktiviti lain untuk menggalakkan aktiviti social, rekreasi dan budaya di
kalangan ahlinya.
D.
Menggalakkan atau
mengatur apa-apa tindakan perusahaan yang sah, termasuk mogok, tertakluk kepada
peruntukan Akta Kesatuan Sekerja 1959.
KREDIT ;