Konvensyen MAPSU KKM 2022
Konvensyen MAPSU KKM 2022, merupakan konvensyen pertama kali selepas 10 tahun penubuhannya. MAPSU adalah Majlis Gabungan Presiden dan Setiausaha Agung Kesatuan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
Konvesyen berlangsung di New York Hotel, Johor Bharu pada 26-28 Oktober 2022 melibatkan seramai 17 Kesatuan-Kesatuan yang berkhidmat di dalam Kementerian Malaysia.
Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawai Kerajaan Semenanjung Malaysia turut menghadiri program yang sangat positif sebagai tanda soladiriti bagi menjaga kebajikan para ahli kami.
KKPPFKSM diwakili oleh Naib Presiden Tuan Haji Rozali, Bendahari Tuan Haji Zainal, Penolong Setiausaha Encik Ahmad Fariz dan EXCO Encik Mohd Faizal.
Majlis gabungan ini akan dijenamakan semula sebagai gabungan persekutuan yang lebih besar bagi memperkukuhkan kedudukannya dalam memperjuangkan kebajikan ahli-ahlinya.