KURSUS KESELAMATAN PENGUBATAN DAN MESYUARAT BERSAMA WAKIL NEGERI 2022
KURSUS KESELAMATAN PENGUBATAN 2022
![]() |
Sebahagian Peserta Kursus Keselamatan Pengubatan |
Pada 1 Oktober lepas,
satu program telah dijalankan oleh pihak KKPPFKSM bersama-sama dengan
jawatankuasa Penolong Pegawai Farmasi Zon Tengah dan Negeri Sembilan bertempat
di Pulse Grande Putrajaya. Program yang bertajuk PPF Update 2022-Kursus
Keselamatan Pengubatan telah di hadiri seramai lebih kurang 100 orang Penolong
Pegawai Farmasi seluruh Malaysia ini julung kalinya di adakan hasil dari Geran
Pembangunan Kesatuan Sekerja (GPKS) yang berjaya diperolehi daripada Jabatan
Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) menerusi Kementerian Sumber Manusia.
Antara tajuk yang
telah dibentangkan semasa Kursus ini adalah:
- Insurgen and
Basalog Update oleh Miss Hew dari Duopharma.
- Does Injection
Technique Really Matter? Oleh Encik Ng Kok Khuan dari Becton Dickinson.
- Keselamatan
Pengubatan – Fungsi dan Peranan Penolong Pegawai Farmasi Dalam Memastikan
Keselamatan Pengubatan Kepada Pesakit Di Lapangan, oleh Encik Mohemmada Redzuan
bin Mohemmad Rizal, Pegawai Farmasi U48, Klinik Kesihatan Tanglin.
- Pengurusan
Kesatuan Sekerja – Fungsi dan Peranan Jabatan Hal Ehwal Kesatatuan Sekerja
Kepada Kesatuan Sekerja Di Malaysia oleh Puah Shuhaida Kassim, Pengarah JHEKS
Melaka dan Negeri Sembilan.
Program bermula pada
jam 12 tengahari dan berakhir pada jam 5 petang. Suasana santai dan tidak
terlalu rigid walaupun isi kandungannya bersifat fungsional, bertujuan bagi memastikan
system penyampaian maklumat sampai dan membawa maksudnya tersendiri, agar ilmu
yang di timba mampu menjadi nilai tambah kepada Penolong Pegawai Farmasi di
lapangan.
Pembangunan kompetensi
dan profesionalisme diri Penolong Pegawai Farmasi ini menjadi agenda utama
KKPPFKSM, dan KKPPFKSM ingin melihat Profesion ini melangkah lebih jauh di masa
hadapan.
Diharap dengan
penerangan berkaitan pengurusan Kesatuan sekerja oleh Pengarah JHEKS sendiri
mampu menjadi pembuka mata, mencambah pemikiran, sekaligus menjadikan Penolong
Pegawai Farmasi sentiasa berada di tahap yang lebih baik.
MESYUARAT EXCO BERSAMA WAKIL NEGERI
![]() |
Barisan EXCO Bersama Wakil Negeri |
Keesokannya, Mesyuarat
EXCO bersama Wakil Negeri telah dijalankan di The Everly Hotel Putrajaya, pada
2 Oktober 2022. Gerak Gempur keahlian dilancarkan oleh Tuan Naib Presiden, Tuan
Haji Rozali. Kempen ini bermula pada 1 Oktober 2022 dan berakhir pada 30 Mac 2023
(Tahun Kewangan berakhir). Pemenang dengan keahlian tertinggi bakal menerima
ganjaran wang tunai sebanyak RM600 manakala kedua bakal menerima RM400 dan
ketiga RM200.
Kempen ini bersifat
silang negeri, yang mana mana-mana negeri yang Berjaya mendaftarkan ahli yang
bukan dari negerinya, turut di ambil kira. Jadi ayuh beramai-ramai kita sahut
cabaran ini.
3 Oktober 2022