MAJLIS MAKAN MALAM APRESIASI PESARA DENIM GLAMZ NIGHT - YOUNG AT HEART
MAJLIS MAKAN MALAM APRESISI PESARA 2020-2022
DENIM GLAMZ NIGHT –
YOUNG AT HEART
![]() |
AJK Pelaksana bersama Mantan Ketua Profesion, Datin Faridah Saidi, selaku yang dirai |
Bertemakan denim dan
glamour, majlis apresiasi pada kali ini diadakan bagi meraikan Mantan Ketua
Profesion, Datin Faridah Saidi, dan Pesara-Pesara Penolong Pegawai Farmasi yang
telah bersara pada tahun 2020 sehingga tahun 2022. Umum mengetahui Negara kita
mengalami Perintah Kawalan Pergerakan selama hampir dua tahun. Mungkin ada
antara pesara-pesara ini tidak di raikan persaraan mereka. Oleh yang demikian,
kesempatan yang ada ini digunakan sebaiknya bagi meraikan serta menghargai jasa
bakti Pesara Penolong Pegawai Farmasi sebagai tanda terima kasih dan
penghargaan yang tidak terhingga oleh kami.
![]() |
EXCO-EXCO KKPPFKSM |
Pihak kesatuan berasa
bangga kerana turut dapat terlibat di dalam majlis ini, penuh dengan warna dan
acara. Seramai lebih kurang 193 orang menghadiri majlis ini yang turut
melibatkan wakil Penolong Pegawai Farmasi dari Sarawak iaitu Tuan Haji Hamid Majenin
dan dari Sabah iaitu Tuan Amir Ghani. Persatuan Penolong Pegawai Farmasi
Malaysia (PPPFM) diwakili oleh Encik Rosmizi dan Puan Shafizah Jaamat turut sama
hadir bagi memeriahkan serta menyerahkan sumbangan bagi pihak PPPFM.
![]() |
Persembahan oleh anggota Tentera Udara Diraja Malaysia |
Majlis yang bermula
pada jam 8 Malam ini berakhir pada jam 11 Malam, di mulakan dengan perarakan
masuk para pesara dan di akhiri dengan gimik menyambut Mantan Ketua Profesion.
Sesi penyerahan sumbangan kepada pesara bagi pihak majlis turut dijalankan di
samping sumbangan peribadi dari wakil-wakil bagi setiap negeri dan PTJ
terlibat. Sesi memotong kek juga turut memeriahkan lagi acara.
![]() |
Tuan Haji Hamid Majenin, bagi mewakili Penolong Pegawai Farmasi Sarawak turut hadir bagi menyampaikan cenderahati dari Penolong Pegawai Farmasi Sarawak. |
Tidak sah jika sesuatu
majlis tanpa acara cabutan bertuah, Cuma pada kali ini, ianya di jalankan
dengan sedikit kelainan yang mana kesemua hadirin tidak pulang dengan tangan
kosong. Impak dari acara sebegini tidak lain hanya ingin menunjukkan rasa kasih
sayang dan terima kasih tidak terhingga atas jasa dan tunjuk ajar para pesara
yang selama ini telah membimbing dan member tunjuk ajar kepada PPF junior yang
sedang berkhidmat. Motto pada akhir montaj ada menyatakan, “WE WILL CARRY YOUR
LEGACY TO A NEW HIGH”, dan itulah yang kami akan pegang sampai bila-bila.
![]() |
Pesara-pesara yang diraikan dalam sesi memotong kek sebagai tanda simbolik. |
Terima kasih kepada
semua AJK yang bertungkus lumus merancang dan melaksanakan majlis seumpama ini.
Tidak mudah dan tidak juga sukar. Perancangan lebih dari sebulan ini penuh
cabaran tetapi Alhamdulillah, ianya Berjaya di laksanakan jua. Semoga kita
berjumpa lagi, sekiranya diberikan rezeki dan kesempatan.
KKPPFKSM
3 Oktober 2022