Sijil Keahlian (e-Cert) KKPPFKSM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Warga Penolong Pegawai Farmasi Sekalian

Selari dengan usaha pihak Kesatuan bagi mengemaskini senarai keahlian supaya up to date, Kami melangkah setapak kehadapan dengan mengenalkan sijil keahlian secara sijil digital (e-cert), di mana para ahli akan mendapat tahu status keahlian dengan lebih pantas dan tuntas. 

Para ahli yang sudah menjadi ahli selama ini tetapi tidak mengetahui status keahlian anda, bolehlah menyemak status anda sekaligus semasa mengisi maklumat didalam Google Form yang disediakan. 

Kepada ahli yang baharu mendaftar juga boleh turut sama mengisi, kami akan menyemak sekiranya keahlian anda sudah berjaya. Jika tidak, kami akan berusaha membantu anda bagi mempercepatkan proses pendaftaran anda. Ambil perhatian, bayaran pendaftaran keahlian bermula pada 1 Januari 2020 akan dinaikkan kepada RM10, seperti yang ditetapkan semasa AGM 2019, di hotel Regency pada 30 September 2019 lalu.

Mohon sebarkan kepada semua agar ianya bermanfaat, supaya kesemua Penolong Pegawai Farmasi menjadi ahli berdaftar sekaligus layak menerima manfaat dari Tabung Kebajikan KKPPFKSM

Klik link di bawah bagi mengisi maklumat peribadi dan proses menyediakan sijil akan dilakukan dengan secepat mungkin.
Sijil Keahlian (e-Cert)

Segala maklumat yang diberikan hanya digunakan bagi kegunaa pihak Kesatuan sahaja, kerahsiaan maklumat anda adalah matlamat kami. Tiada sebahagian atau keseluruhan dari maklumat ini akan digunakan bagi tujuan yang menyalahi undang-undang.

Popular Posts