Keahlian KKPPFKSM

 


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kini anda boleh menjadi ahli berdaftar Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawai Farmasi Kerajaan Semenanjung Malaysia (KKPPFKSM). Syarat-syaratnya mudah sahaja. Sekiranya Tuan-Tuan dan Puan-Puan menepati kriteria berikut:-

  1. Memiliki Diploma in Pharmacy/Diploma Farmasi atau setara.
  2. Berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia
  3. Sedang berkhidmat di Semenanjung Malaysia.
Anda layak untuk menjadi sebahagian daripada kami. Jom menjadi sebahagian daripada Force of Changes. 

Muat Turun Borang Keahlian Di Sini : 

Contoh Borang Keahlian


Sebelum anda menghantar borang tersebut, pastikan anda memenuhi kriteria berikut:

  1. Dapatkan borang Surat Kebenaran Potongan Gaji Melalui ANGKASA (Borang Angkasa), borang BPA1/79 dari wakil negeri maasing-masing, atau menerusi EXCO berdekatan.
  2. Sediakan sesalinan penyata gaji terbaharu 
  3. Sediakan sesalian kad pengenalan depan belakang.
Setelah lengkap kesemuanya, kepilkan Borang Keahlian bersama-sama dengan Borang Angkasa, Salinan Penyata Gaji terbaharu dan Salinan Kad Pengenalan.

Serahkan permohonan yang lengkap kepada wakil negeri atau mana-mana EXCO berdekatan. Proses pendaftaran akan dimulakan selepas borang tersebut di terima oleh EXCO Biro Keahlian

Carta Alir Proses Pendaftaran Keahlian




Berikut merupakan carta alir proses pendaftaran keahlian Tuan-Tuan dan Puan-Puan:

Bagi memudahkan Tuan-Tuan dan Puan-Puan untuk mengetahui tempoh proses pendaftaran, sila rujuk Senarai Semak Pendaftaran Keahlian KKPPFKSM

Bagi tujuan melengkapkan borang Angkasa, boleh merujuk kepada dibawah, hanya isikan bahagian yg bertanda dengan warna kuning sahaja,

Sebarang kemusykilan, sila hubungi KKPPFKSM di alamat email : kkppfksm2020@gmail.com, atau hubungi EXCO Biro Keahlian,  wakil negeri anda, atau EXCO-EXCO lain yang  berdekatan.

Popular Posts