PEMBERHENTIAN SEMENTARA KUTIPAN IKLAN BULETIN KKPPFKSM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Warga PPF sekalian,
Pihak Kesatuan ada menerima beberapa perkhabaran dari para ahli berkaitan seseorang individu yang mendakwa wakil bagi memungut dana menerusi iklan bagi penerbitan buletin Kesatuan. Individu terbabit juga turut mendakwa sebagai seseorang pegawai dengan gred tertentu, membawa surat rasmi dari pihak Kesatuan memungut dana secara tidak sah dan beretika, kepada peniaga-peniaga, di salah sebuah negeri di Semenanjung Malaysia.
Bagi mewakili pihak Kesatuan, kami ingin menegaskan bahawa satu surat pemberhentian kutipan telah pun di keluarkan kepada pihak penerbit bagi menghentikan aktiviti kutipan tersebut secara sah, akan tetapi terdapat pula pihak ketiga yang menyalahgunakan surat kuasa rasmi dari Kesatuan-di percayai surat lama-cuba meneruskan kutipan tersebut tanpa pengetahuan pihak Kesatuan dan Penerbit buletin.
Surat pemberhentian boleh di akses pada link di bawah:
Mohon semua ahli memanjangkan makluman terbaharu ini kepada semua. Jika sekiranya aktiviti penyelewengan ini masih diteruskan, dikhuatiri akan mendatangkan kesan yang tidak baik. Bagi mengelakkan aktiviti ini dari terus mencemarkan nama baik Kesatuan, satu laporan Polis akan di buat, agar nama baik Profesion dan Kesatuan akan terpelihara sebaiknya.
Bersama-sama memastikan kebajikan semua pihak terjamin dan kerjasama semua pihak amat kami hargai.
Saya Yang Menjalankan Amanah,
Mohd Faizal Bin Murad
Exco KKPPFKSM
31 Oktober 2018