Pelan Perancangan KKPPFKSM 2018/2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada seluruh warga Penolong Pegawai Farmasi yang di kasihi. 

Disebalik kesibukan menjalankan tugas hakiki, kami seluruh warga EXCO KKPPFKSM masih kekal konsisten mendukung isu semasa berkaitan profesion dengan pelbagai sesi dialog dan program setempat, bagi senantiasa menambah baik laluan kerjaya.


Setelah berusaha beberapa kali, akhirnya jam 3.00 petang, 1 Mac 2019 semua barisan Exco KKPPFKSM dapat berjumpa dan berdialog dengan julungkalinya oleh Tuan Pengarah Kanan Program Perkhidmatan Farmasi , Ybrs Dr Ramli Bin Zainal kerana sudi meluangkan masa sesi bersuaikenal dengan semua barisan exco KKPPFKSM yg telah memberi sentuhan dan impak yang positif selepas kemenjadian pada hari tersebut. Semua EXCO berbesar hati kerana diberikan peluang untuk menghadiri program dialog yang bertempat di Program Perkhidmatan Farmasi di Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.


Terima kasih tak terhingga kpd YBrs Tuan Pengarah atas kesudian untuk berdialog  dengan semua Exco dan juga Pn KP.


Banyak usul dan cadangan yang telah kami kemukakan.
Diharap Dialog kali ini akan membawa satu anjakan paradigma kepada Profesion PPF keseluruhannya melalui saranan dan cadangan daripada Tuan Pengarah.
Suasana semasa dan selepas mesyuarat samgat mesra dan selesa.

https://drive.google.com/open?id=1DL-OjKgkiNbxbxeinc-GoW1LBbuqi8Mr


Di sebelah pagi pula, perbincangan bersama AJK Negeri Selangor. Perbincangan berkaitan AGM KKPPFKSM tahun 2019. Negeri Selangor diberikan tanggungjawab untuk menguruskan AGM pada tahun ini.Nantikan teaser yang bakal dikeluarkan dari masa ke semasa.

Keesokannya pada 2 Mac 2019, program diteruskan di Hospital Putrajaya, semua EXCO menghadiri Kursus Pembangunan Insan Penolong Pegawai Farmasi Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan dan Putrajaya. Turut dihadiri oleh seluruh Ahli Mesyuarat Tertinggi dari Persatuan Penolong Pegawai Farmasi, di mana kedua-dua pihak di beri peluang oleh pihak penganjur (Hospital Putrajaya) bagi memberikan sesi penerangan dan taklimat. Pihak Kesatuan telah memberikan satu slot ceramah yang bertajuk Peranan dan Tanggungjawab KKPPFKSM Dalam Halatuju Profesion Penolong Pegawai Farmasi.

https://drive.google.com/open?id=1UPd0BRrSptTEmN0GxaxQ0QQVjOlX20Q6


Di harap tahun ini, akan membawa lebih banyak perubahan dan program yang lebih bersifat saintifik dan akademik yang bakal di bawa oleh pihak KPPPFKSM dengan kerjasama bersama Cawangan Perkembangan Profesion Penolong Pegawai Farmasi (CPPPPF) yang diketuai oleh Puan KP, Puan Faridah Saidi, kepada semua ahli agar ianya lebih membawa manfaat dan berimpak tinggi.

Seluruh perancangan dan akitiviti yang telah dijalankan secara lengkap boleh diakses pada laman DRIVE seperti di bawah:
https://drive.google.com/open?id=1wHd_2MmWL_JUpWRKB814bQalp6e2uGLD

Tugas kami sebagaj Exco KKPPFKSM masih berterusan.

Sokongan dan doa daripada semua rakan-rakan PPF sangat-sangat kami perlukan.

Popular Posts