BENGKEL PERKEMBANGAN PROFESION PENOLONG PEGAWAI FARMASI KKM, LANGKAWI

BENGKEL PERKEMBANGAN PROFESION PENOLONG PEGAWAI FARMASI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, AKADEMI KOREKSIONAL MALAYSIA, LANGKAWI, KEDAH
28-30 APRIL 2019


Tarikh 28-30 April 2019 bertempat di Akademi Koreksional Malaysia Langkawi, berlangsungnya Bengkel Perkembangan Kerjaya Profesion Penolong Pegawai Farmasi, anjuran bersama Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawai Farmasi Kerajaan Semenanjung Malaysia dan Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia, telah berjaya menghimpunkan seramai 47 orang Penolong Pegawai Farmasi (PPF) seluruh semenanjung,

 Sepanjang 3 hari 2 malam. Gabungan Exco, wakil Kesatuan Negeri, Wakil AMT Persatuan Penolong Pegawai Farmasi Malaysia dan Cawangan Perkembangan PPF di Program Perkhidmatan Farmasi KKM telah berkampung dan memerah idea untuk mencari kesepakatan perancangan.



Exco Kesatuan fokus kepada penyelesaian berkaitan :

  1. Kebajikan Keahlian
  2. Gerakan Keahlian
  3. Peranan wakil Kesatuan Negeri
  4. Cadangan untuk gerak bersama aktiviti dengan pihak Persatuan
  5. Kerjasama yang berterusan dengan Ketua Profesion dan cawangan PPF di PrPF
  6. AGM KKPPFKSM 2019
  7. Lembaga PPF/JF

Ketua Profesion bersama pasukan dengan panduan oleh Encik Mohd Shahril Bin Mat Nordin, Ketua Penolong Pengarah Kanan,Bahagian Dasar & Perancangan Strategik Farmasi, Program Perkhidmatan Farmasi, lebih memberi fokus kepada Job Description dan MyPortfolio. Tambahbaik dan kenalpasti apa yang kurang.

Manakala pihak AMT pula berperanan memberi sedikit info berkaitan perkembangan post basic dan perancangan terkini Persatuan.

Gabungan 3 dalam 1 yang julung kali dilaksanakan ini memang sangat banyak faedah dan kelebihan kepada profesion PPF. Amatlah diharapkan gabungan aktiviti sebegini akan memberikan suatu impak yang besar dan faedah yang sangat berguna untuk perkembangan Profesion PPF.

Kami barisan Exco KKPPFKSM sangat memerlukan sokongan dan pandangan daripada tuan-tuan dan puan-puan semua.

Sekiranya ada cadangan mohon salurkan ke alamat email atau WA terus kepada mana-mana Exco


RESOLUSI LANGKAWI



GERAKAN KEAHLIAN

Setiap negeri atau PTJ yang membuat pendaftaran bilangan ahli baru paling ramai, dalam tempoh kempen :

1 Januari 2019 - 30 Ogos 2019, Sebelum AGM KKPPFKSM

Hadiah Pertama RM500.00
Hadiah Kedua RM300.00
Hadiah Ketiga RM200.00

Anugerah khas kepada Negeri atau PTJ yang berjaya mendaftar 100%

Penyampaian Hadiah semasa majlis makan malam AGM 2019 nanti, rebutlah peluang ini.

SERAHAN SUMBANGAN KEMATIAN AHLI KESATUAN


Nama Ahli : Fadzilah Binti Mohd Yazid
Tempat Bertugas : KK Tanjung Lalang, Temerloh
Tarikh Kematian : 8 November 28018
Wakil Penerima : Wanidawati Binti Wahab
Nama Wakil Negeri Pahang : Haji Hamizi Bin Mohamed Ali

Serahan di serah terus kepada Haji Hamizi, Wakil Negeri Pahang

Serahan diserahkan terus kepada waris ahli




Gambar-gambar sepanjang program boleh di akses menerusi link tersebut https://drive.google.com/open?id=1ouin5jNd44u_eSVTZYIF1cy46uLbMK1i

Popular Posts