GAMBAR-GAMBAR SEMINAR CPD, MAJLIS APRESIASI PPF 2019 DAN AGM KKPPFKSM 2019
SEMINAR CPD, MAJLIS APRESIASI PPF DAN AGM KKPPFKSM 2019
Pada 28 dan 29 September 2019 lepas bertempat di Regency Hotel, Kuala Lumpur, telah berlangsungnya satu majlis buat julung kalinya, program anjuran bersama antara EXCO KKPPFKSM dan Pearl Team, iaitu satu jawatankuasa penganjur yang terdiri daripada Penolong Pegawai Farmasi (PPF) dari seluruh negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), Putrajaya, Program Perkhidmatan Farmasi dan National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA), Hospital Kuala Lumpur, Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bagi tahun 2019, bersama-sama dengan Majlis Apresiasi Penolong Pegawai Farmasi 2019 dan Seminar CPD, bertajuk Enhancing Pharmacist Assistant Competencies Through Training Road Map.
Program yang berlangsung selama dua hari tersebut telah mengumpulkan PPF dari seluruh Malaysia termasuk dari Sabah, telah menjadi penanda aras penunjuk prestasi bagi program-program anjuran KKPPFKSM di masa hadapan. Program yang pada asalnya adalah bagi penganjuran AGM 2019, yang secara tradisinya di anjurkan oleh negeri-negeri yang berminat, kini turut di selitkn dengan aktiviti bersifat seminar, di mana para ahli yang hadir turut sama memperoleh mata CPD sekaligus memberi impak yang lebih positif terhadap perkembangan profesion PPF itu sendiri.
Bagi tidak melupakan jasa dan pengorbanan PPF yang telah bersara, termasuk mantan EXCO terdahulu, satu majlis apresiasi bertajuk Untukmu Sahabat, bertemakan Masquerade Night, bagi merai dan menghargai segala titik peluh dan keringat pesara dan mantan EXCO di dalam memartabatkan profesion PPF ke peringkat yang lebih tinggi turut sama dianjurkan. Sebelum ini majlis seumpamanya tidak pernah dilakukan, dan pada kali ini pihak EXCO mengambil keputusan untuk merealisasikanm dan menjadikannya satu kenyataan pada tahun 2019, Ianya menepati matlamat penubuhan KKPPFKSM itu sendiri di mana kebajikan setiap ahli adalah menjadi keutamaan. Besarlah harapan kami agar aktivti seumpamanya dapat dijadikan sebagai aktiviti tahunan seiring dengan terbentuknya Tabung Kebajikan (sumbangan kepada pesara). Bagi para AJK, ianya merupakan a night to remembered.
Semasa mesyuarat agung tahunan kali ini, pemenang pendaftaran keahlian tertinggi turut diumumkan dimana negeri Kelantan di tempat ketiga, Johor kedua dan Negeri Perak menjadi negeri tertinggi mencatatkan pendaftaran keahlian KKPPFKSM bagi kali ini. Terdapat sebahagian PTJ/Hospital di Negeri Perak telah mencatatkan keahlian seramai 100%. Tahniah diucapkan kepada seluruh PPF Negeri Perak diatas kejayaan ini. Diharap menjadi ikutan bagi bagi negeri-negeri lain.
Tidak dinafikan terdapat kekurangan di dalam mengendalikan program pada kali ini. Hasil usaha dan penat lelah para AJK di dalam menjayakan program ini amat-amat dihargai dan disanjung tinggi. Kami EXCO KKPPFKSM bersama AJK Pearl Team memohon maaf di atas segala kekurangan sepanjang program berlangsung kepada semua para hadirin. Segala kekurangan akan dijadikan panduan di masa hadapan dan setiap kejayaan ini adalah hasil usaha dan kerjasama semua ahli pasukan jawatankuasa. Kita berjaya bersama-sama dan gagal juga bersama-sama. Kita tidak akan sesekali megah dek pujian dan mati dek cacian, kita semua akan sentiasa terus mempertingkatkan kualiti ke tahap yang lebih baik di masa hadapan. Kerjasama yang terhasil dari penganjuran 3 program dlm 1 ini .Membentuk satu pasukan yang mantap serta jalinan kerjasama yang kuat dan kekal berterusan dimasa- masa akan datang.
Gambar-gambar sepanjang program boleh diakses menerusi link di bawah :
Gambar Seminar CPD : Enhancing Pharmacist Assistant Competencies Through Training Road Map
Gambar Majlis Apresiasi 2019 : Untukmu Sahabat
Gambar AGM KKPPFKSM 2019
Semoga kita semua akan bertemu lagi di masa hadapan, selamat berjaya kepada semua dan ribuan terima kasih di atas usaha dan kerjasama anda sepanjang perjalanan program dan majlis pada kali ini. Jasa anda amat kami hargai.
Admin
30 September 2019
Pada 28 dan 29 September 2019 lepas bertempat di Regency Hotel, Kuala Lumpur, telah berlangsungnya satu majlis buat julung kalinya, program anjuran bersama antara EXCO KKPPFKSM dan Pearl Team, iaitu satu jawatankuasa penganjur yang terdiri daripada Penolong Pegawai Farmasi (PPF) dari seluruh negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), Putrajaya, Program Perkhidmatan Farmasi dan National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA), Hospital Kuala Lumpur, Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bagi tahun 2019, bersama-sama dengan Majlis Apresiasi Penolong Pegawai Farmasi 2019 dan Seminar CPD, bertajuk Enhancing Pharmacist Assistant Competencies Through Training Road Map.
![]() |
Antara AJK Pearl Team |
Program yang berlangsung selama dua hari tersebut telah mengumpulkan PPF dari seluruh Malaysia termasuk dari Sabah, telah menjadi penanda aras penunjuk prestasi bagi program-program anjuran KKPPFKSM di masa hadapan. Program yang pada asalnya adalah bagi penganjuran AGM 2019, yang secara tradisinya di anjurkan oleh negeri-negeri yang berminat, kini turut di selitkn dengan aktiviti bersifat seminar, di mana para ahli yang hadir turut sama memperoleh mata CPD sekaligus memberi impak yang lebih positif terhadap perkembangan profesion PPF itu sendiri.
![]() |
Sebahagian pesara yang dirai |
Bagi tidak melupakan jasa dan pengorbanan PPF yang telah bersara, termasuk mantan EXCO terdahulu, satu majlis apresiasi bertajuk Untukmu Sahabat, bertemakan Masquerade Night, bagi merai dan menghargai segala titik peluh dan keringat pesara dan mantan EXCO di dalam memartabatkan profesion PPF ke peringkat yang lebih tinggi turut sama dianjurkan. Sebelum ini majlis seumpamanya tidak pernah dilakukan, dan pada kali ini pihak EXCO mengambil keputusan untuk merealisasikanm dan menjadikannya satu kenyataan pada tahun 2019, Ianya menepati matlamat penubuhan KKPPFKSM itu sendiri di mana kebajikan setiap ahli adalah menjadi keutamaan. Besarlah harapan kami agar aktivti seumpamanya dapat dijadikan sebagai aktiviti tahunan seiring dengan terbentuknya Tabung Kebajikan (sumbangan kepada pesara). Bagi para AJK, ianya merupakan a night to remembered.
![]() |
Sebahagian AJK Pearl Team selepas berakhirnya Majlis Apresiasi PPF 2019 |
![]() |
EXCO-EXCO KKPPFKSM 2018-2020 |
![]() |
Hajah Zanariah menerima hadiah kemenangan bagi Negeri Perak |
![]() |
Hajah Intan Norlinora menerima hadiah kemenangan bagi Negeri Johor |