Hari Keluarga KKPPFKSM 2019

Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawai Farmasi Kerajaan Semenanjung Malaysia akan menganjurkan Hari Keluarga Penolong Pegawai Farmasi tahun 2019 pada hari Sabtu bersamaan 9 November 2019 bertempat di D’Keriangan Village, Bagan Sena Kulim, Kedah dari jam 8.00pagi sehingga 6.00petang. Penyertaan adalah terhad kepada 100 orang peserta yang terawal mendaftar.

Antara objektif utama program Hari Keluarga ini dianjurkan adalah untuk mengeratkan jalinan silaturahim sesama Penolong Pegawai Farmasi di seluruh Semenanjung Malaysia memandangkan penyertaan dibuka untuk seluruh negeri. Selain daripada itu, program ini juga dapat memberikan peluang kepada Penolong Pegawai Farmasi untuk bergiat aktif dalam mengendalikan sebuah program kemasyarakatan sekaligus meningkatkan keyakinan diri.

Program ini juga merupakan satu platform yang baik bagi generasi baru untuk mengenali dan lebih memahami peranan Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawai Farmasi Kerajaan Semenanjung Malaysia(KKPFKSM) dalam meningkatkan taraf professional.


Program ini terbuka dengan yuran pendaftaran sebanyak RM80.00 untuk Penolong Pegawai Farmasi, dan RM80.00 untuk pasangan, RM60.00 untuk kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke atas. Yuran merangkumi T-shirt, hadiah-hadiah menarik, cenderahati dan makanan untuk sepanjang program berlangsung.

 Antara aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang program adalah Senamrobik, Sukaneka, Sesi dialog dan bergambar, serta BBQ di penghujung program.Diharapkan semua Penolong Pegawai Farmasi  Semenanjung Malaysia dapat menyertai dan memeriahkan program Hari Keluarga ini yang julung kalinya di adakan.



Popular Posts