BENGKEL PENYEDIAAN DERAF AWAL KOD ETIKA BAGI PROFESION PENOLONG PEGAWAI FARMASI / JURUTEKNOLOGI FARMASI MALAYSIA


BENGKEL PENYEDIAAN DERAF AWAL KOD ETIKA BAGI PROFESION PENOLONG PEGAWAI FARMASI / JURUTEKNOLOGI FARMASI MALAYSIA

Pada 16-17 Disember 2019, bertempat di Silka Maytower Hotel Kuala Lumpur, telah dilangsungkan sebuah bengkel yang dihadiri oleh Presiden KKPPFKSM, Haji Razalle Bin Dollah, Setiausaha Agung KKPPFKSM, Haji Rahim Bin Abdullah, Penolong Setiausaha Agung KKPPFKSM, En. Fariz Azmi dan EXCO KKPPFKSM, Mohd Faizal Murad bersama-sama wakil dari Persatuan Penolong Pegawai Farmasi Malaysia (PPPFM). Turut serta dalam bengkel ini adalah Puan Ketua Profesion sendiri, Puan Faridah Saidi dari Bahagian Dasar & Perancangan Strategik Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia, Haji Kamalr@Kamalruzaman Yusof dan En Indra Shahril Abdul Hamid.
Program selama dua hari ini turut sama melibatkan Penolong Pegawai Farmasi dari Badan Berkanun (PPUM), Swasta (Pantai Hospital) dan Industri (CCM Duopharma). 

Program dimulakan dengan topic Perundangan dan Akta Farmasi oleh En Hasrolnizam Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Kanan Farmasi, Cawangan Perundangan Farmasi, Bahagian Penguatkuasa Farmasi ,Kementerian Kesihatan Malaysia.En Hasrolnizam menerangkan secara tuntas ruang litup pemakaiaan sesuatu akta bagi setiap profesion untuk kekal relevan dan selari dengan undang-undang semasa yang digunapakai. Di sini juga jelas menampakkan halatuju profesion yang boleh digunakan untuk PPF seluruh Malaysia.


Setelah itu, program diteruskan dengan ceramah berkaitan Keperluan Dokumentasi Bagi Penyediaan Code of Ethic Penolong Pegawai Farmasi oleh Puan Salwati Abdul Kadir, Timbalan Pengarah Cawangan Pengiktirafan & Etika Lembaga Farmasi Malaysia, KKM. Disini kesemua hadirin diberikan maklumat lengkap berkaitan sejauh mana kepentingan Code of Ethic (CoE) untuk sesebuah profesion, di mana peserta ditunjukkan proses penghasilan draf dan adaptasi CoE dari Negara-negara yang sudah sedia establish CoE mereka.


Seterusnya, Puan Siti Asiah Bahari, Timbalan Pengarah Cawangan Pendaftaran Lembaga Farmasi Malaysia, KKM menyampaikan ceramah beliau yang bertajuk Pendaftaran Ahli Farmai-Sharing Experience. Beliau menceritakan proses-proses bagi mendaftarkan sesebuah profesion bersifat professional, yang mana akan diadaptasi bagi profesion Penolong Pegawai Farmasi kelak.
Setelah itu, para peserta di bahagi kepada dua kumpulan bagi sesi brainstorming, untuk memikirkan deraf awal proses pendaftaran Juruteknologi Farmasi Berdaftar. Ini termasuk jenis kelayakan yang akan diterima, syarat-syarat pendaftaran dan pelbagai aspek lain, yang diadaptasi dari proses pendaftaran ahli farmasi, dengan bantuan dari Puan Salwati dan Puan Siti Asiah.


Pada hari terakhir, deraf kasar proses pendaftaran Juruteknologi Farmasi dan Code of Ethic telah Berjaya di siapkan, proses permurnian dan langkah seterusnya (engangement dengan pemegang taruh) bakal dirancang kelak. Besarlah harapan kami yang hadir agar deraf ini menjadi pemangkin dan batu loncatan bagi meningkatkan taraf profesion PPF/Juruteknologi Farmasi ke peringkat lebih tinggi.

Popular Posts