Central Region PharmTech ProBowler 10-Pin Bowling Tournament 2020

Kepada Seluruh Jaguh Bowling Penolong Pegawai Farmasi sekalian, do you have what it takes to be the next PharmTech ProBowler?

Penolong Pegawai Farmasi Hospital Ampang dan Hospital Kajang akan menganjurkan buat kali kedua pertandingan 10-Pin Bowling yang diberikan nama Central Region PharmTech ProBowler 10-Pin Bowling Tournament 2020. Pertandingan ada seperti ketetapan dibawah :

Venue : Ampang Superbowl, Metropoint Kajang
Tarikh : 28 Mac 2020
Waktu : 10 pagi
Fee : RM35 bagi ahli KKPPFKSM dan RM40 bagi bukan ahli.


Format Pertandingan :

  1. Berkumpulan, satu kumpulan terdiri daripada 4 orang pemain. 
  2. Nama kumpulan merupakan nama fasiliti/tempat berkerja ketua kumpulan, dan ketua kumpulan merupakan Penolong Pegawai Farmasi. (contoh : Hospital Ampang, nama pasukan Team HA)
  3. Terbuka kepada semua Penolong Pegawai Farmasi/ Pharmacy Technician, dari institusi kerajaan dan swasta, juga terbuka kepada semua profesion kesihatan.
  4. Setiap peserta akan bermain sebanyak 3 games, dimana setiap game peserta perlu membaling sebanyak 10/11/12 balingan bergantung kepada berapa banyak strike/turkey yang berjaya dihasilkan.
  5. Pemenang ditentukan menerusi bilangan jatuhan pin terbanyak dalam satu kumpulan.
  6. Pemenang individu di kira menerusi bilangan jatuhan pin tertinggi antara pemain lelaki dan wanita.
  7. Hadiah berkumpulan bermula dari tempat ke-4 sehingga juara.
  8. Bagi mana-mana peserta yang ingin menyertai pertandingan ini, tetapi tidak mempunya kumpulan, boleh mendaftar sebagai peserta individu, anda akan dimasukkan dalam mana-mana kumpulan yang tidak cukup ahlinya.
  9. Daftar kumpulan anda menerusi link yang disediakan. Setelah selesai, nama ketua kumpulan akan dimasukkan dalam group whatsapps. Urusan pembayaran akan dilakukan bergantung kepada kategori, dan ianya akan dilaksanakan menerusi ketua kumpulan sahaja.
  10. Keputusan penganjur adalah muktamad dan ianya tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.
  11. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh hubungi ahli jawatankuasa penguasa penganjur
Klik Untuk Mendaftarkan minat anda : Pertandingan PharmTech ProBowler

AJK Penganjur
  1. Mohd Faizal (EXCO KKPPFKSM) : 019-8688359
  2. Puan Norhafishah (Wakil Negeri Selangor) :013-4888425
  3. Puan Nor Faizah (Hospital Ampang) : 019-0802155
  4. Puan Dayang Nor Jasmine (Hospital Kajang) : 012-9124038
Pertandingan ini dianjurkan bagi mengeratkan silaturahim sesama Penolong Pegawai Farmasi seluruh Malaysia. Penyertaan tidak terhad kepada yang berkerja di zon tengah (Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor) sahaja. Marilah beramai-ramai memeriahkannya.

Tambahan: anda hanya perlu mendaftarkan nama bagi mengisi slot sahaja, tanpa perlu membuat sembarang pembayaran atau komitmen. Ahli-ahli pasukan yang lain boleh didaftarkan kemudian, hanya nama ketua kumpulan sahaja yang penting untuk didaftarkan bagi menjamin slot anda.

Mohd Faizal
EXCO KKPPFKSM
Penganjur



Popular Posts