KKPPFKSM ahli Gabungan CUEPACS

KESATUAN KEBANGSAAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI KERAJAAN SEMENANJUNG MALAYSIA (KKPPFKSM) AHLI GABUNGAN KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM PERKHIDMATAN AWAM (CUEPACS)

Tanggal 9 Oktober 2020 menjadi detik di dalam sejarah penubuhan KKPPFKSM, kerana dengan ini secara rasminya KKPPFKSM telah menjadi sebahagian daripada gabungan Kesatuan Sekerja yang lebih besar di Malaysia terutamanya di dalam Perkhidmatan Awam. Dengan bergabungnya KKPPFKSM bersama CUEPACS, menjadikan suara Penolong Pegawai Farmasi seluruh Malaysia khususnya akan menjadi semakin kuat dan mempunyai locus standi berbanding sebelum ini.

Surat Dari CUEPACS

 

Sesungguhnya kejayaan ini tidak berlaku semalaman. Di atas kesabaran sokongan ahli-ahli KKPPFKSM yang tidak berbelah bahagi selama ini, telah menaruh sepenuh kepercayaan kepada Presiden dan EXCO KKPPFKSM, membina usaha-usaha di atas asas-asas yang telah tersedia dibina oleh para EXCO sebelum ini. Akhirnya atas usaha ini jugalah, penggabungan ini berjaya dan merupakan KPI utama halatuju EXCO KKPPFKSM.

"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA mendatangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi"

Semua untuk satu dan satu untuk semua, sesungguhnya Power by a Number adalah naratif bagi sesebuah Kesatuan untuk membawa maksud menjaga kebajikan dan profesionalisme antara pekerja sesebuah perusahaan dengan majikannya. Kewujudan Kesatuan Sekerja penting di mana ianya menjadi Check and Balance bagi menjaga kepentingan perkhidmatan kepada rakyat agar terus menjadi keutamaan tanpa mengabaikan input dan faktor sumber manusia itu sendiri. Kerjasama dua hala adalah penting bagi menjayakan usaha ini secara holistic.

Tidak hanya di sini, sebelum ini juga KKPPFKSM telah bergabung di dalam MAPSU, iaitu Majlis Presiden Dan Setiausaha Agung Kesatuan Sekerja Di Kementerian Kesihatan Malaysia. Daripada nama itu sendiri menjelaskan ianya merupakan gabungan Kesatuan-Kesatuan Sekerja pekerja yang berkhidmat untuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Secara kolektif dan network yang lebih luas dan terangkum, sebarang isu berkaitan akan mudah di usul dan di bawa ke peringkat yang lebih tinggi. Power by a Number will again prove that we are the power to be reckon with. Kebersamaan penting bagi menunjukkan soladiriti kita agar, sekali lagi kepentingan perkhidmatan awam menjadi titik tolak kepada segala usaha ini. Tiada yang tertinggal.

Bagi memperkukuhkan lagi kekuatan, KKPPFKSM telah berjaya menjadi ahli gabungan MBK S&T, atau nama penuhnya Majlis Bersama Kebangsaan (Pihak Pekerja) Sains Dan Teknologi Dalam Kumpulan Pelaksana. Dipengerusikan sendiri oleh Tuan Adnan Bin Mat, yang juga Presiden CUEPACS, gabungan ini lebih besar daripada MAPSU dan merangkumi pelbagai Kementerian di Malaysia termasuk dari Sabah dan Sarawak. Larger network translated into better perspective, untuk kebaikan KKPPFKSM amnya dan Penolong Pegawai Farmasi khususnya.

Surat Gabungan Dari MBK S&T

 

Kerjasama-kerjasama antara pelbagai badan gabungan serta institusi atau agensi berkaitan penting bagi memastikan KKPPFKSM kekal relevan dan significant ke arah menjadikan Profesion Penolong Pegawai Farmasi lebih dikenali dan dihormati. Pendekatan lembut tetapi tegas menjadi asas utama KKPPFKSM. Tahap profesionalisme akan sentiasa menjadi keutamaan dan gerak kerja yang sentiasa penuh dengan Diplomasi. Bak kata pepatah, menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak.

Ke arah menjadikan Profesion Penolong Pegawai Farmasi, menjadi profesion yang tinggi tahap profesionalismenya. Sekali lagi Terima Kasih tidak terhingga daripada Presiden dan EXCO KKPPFKSM kepada seluruh ahli-ahli KKPPFKSM atas kerjasama anda semua. Usaha ini adalah usaha dan perjuangan Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian. Terima Kasih.

"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA mendatangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi"

 

Salam Sayang
Admin KKPPFKSM Blog
12 Oktober 2020

Popular Posts