YOUR VOTE DOES MATTER

MARILAH MARI…KITA MENGUNDI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua ahli KKPPFKSM yang dikasihi,


Bermula daripada 20 Oktober sehingga 17 November 2020, merupakan tempoh di mana proses menyiapkan surat dan mengedarkan kertas undi bagi Mesyuarat Agong Tahunan (AGM) Tahun 2020,  Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawai Farmasi Kerajaan Semenanjung Malaysia (KKPPFKSM) berlangsung. Sebanyak hampir 1350 kertas  undi telah berjaya disiapkan dan diedarkan kepada semua ahli seluruh Semenanjung Malaysia secara pos.



Proses penghantaran telah dilakukan dalam dua kelompok (batch). Kelompok pertama bagi ahli-ahli yang bertugas di dalam hospital, institut dan Ibu Pejabat KKM termasuk NPRA, surat telah pun dipos kepada anda pada 8 November 2020, melalui salah seorang wakil bagi tiap-tiap hospital yang berkaitan.  Ini turut juga melibatkan Penolong Pegawai Farmasi yang bertugas di penjara.

Bagi yang telah menerima kertas undian, mohon melengkapkan kaji selidik tersebut dalam Penerimaan Kertas Undian

Manakala bagi kelompok kedua, merupakan ahli yang berada di Klinik Kesihatan serta Klinik Komuniti, surat anda telah dipos pada 15 November 2020 terus kepada alamat Pejabat Kesihatan Daerah/Negeri tuan puan, diwakilkan kepada salah seorang ahli yang berkhidmat di Klinik  bawah jagaan PKD tersebut.  Juga ada beberapa ahli yang perlu dipos secara peribadi kerana sedang menyambung Diploma Lanjutan.


Bagi yang telah menerima kertas undi tersebut, mohon jasa baik bagi mengisi maklumat berikut:


PENERIMAAN KERTAS UNDIAN


QR code yang tertera pada belakang surat Tuan/Puan sepatutnya membolehkan Tuan/Puan mengakses beberapa maklumat berkaitan pengisian statistik serta gambar calon bertanding, akan tetapi terdapat sedikit masalah teknikal yang mengakibatkan QR code tersebut tidak dapat digunakan. Pihak EXCO memohon maaf di atas kekurangan tersebut

QR Code ini sepatutnya membolehkan anda mengetahui calon-calon EXCO bagi AGM 2020.


Nevertheless, Tuan/Puan, masih boleh mengakses QR code tersebut menerusi pautan seperti di  bawah:


Gambar Calon-Calon EXCO AGM 2020


Ini merupakan pertama kali kita akan menjalani AGM dalam cara yang sangat berbeza. Kesibukan pandemik COVID-19 tidak akan melumpuhkan kita terutama bagi menjayakan AGM cara baharu, norma baharu. Kita jaga kita, patuhi SOP yang digariskan oleh Pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Gambar calon yang bertanding, boleh diakses pada link di atas.

Jadi sahabat sekalian, ayuh laksanakan tanggungjawab kita untuk memilih calon-calon EXCO bagi menganggotai tampuk pentadbiran Kesatuan kita. Semoga halatuju Kesatuan akan menjadi lebih efektif dan proaktif dalam menaikkan nama Profesion Penolong Pegawai Farmasi Malaysia ke tahap yang lebih tinggi. Tarikh tutup undian adalah pada/sebelum jam 12 tengahari, 19 Disember 2020.

Salam Sayang,

18 November 2020

p.s. Setiap dari kertas undi sudah disediakan sampul jawapan berserta setem. Tuan/Puan hanya perlu masukkan kertas undi Tuan/Puan, gamkan sampul tersebut dan terus masukkan ke dalam tong merah (pos) yang berdekatan. Sila ambil perhatian, proses pengeposan mungkin mengambil sedikit masa oleh kerana PKPB yang sedang berlangsung di beberapa negeri.

Popular Posts