MESYUARAT AGONG TAHUNAN 2020 - WE GO LIVE THIS YEAR


MESYUARAT AGONG TAHUNAN 2020 (AGM) DAN PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA KERJA KESATUAN KEBANGSAAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI KERAJAAN SEMENANJUNG MALAYSIA (KKPPFKSM)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua ahli KKPPFKSM

Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa sesi AGM pada tahun ini akan dilaksanakan secara atas talian seperti berikut:

Tarikh : 19 Disember 2020
Tempat : TH Hotel Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor.
Waktu : 8.00 Pagi - 2.00 Petang

Sehubung dengan itu, seperti sedia maklum, Malaysia kini mengalami gelombang COVID-19 diluar jangkaan umum dan tidak pernah berdepan SOP Norma Baharu. Oleh yang sedemikian, bagi mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), pelaksanaan AGM bagi tahun ini akan diubah sedemikian rupa agar matlamat seperti yang termaktub dibawah peruntukan sedia ada dari pihak Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) perlu dilaksanakan sebelum berakhirnya tahun 2020.

Facebook rasmi bagi siaran secara langsung AGM 2020

AGM pada kali ini akan dilaksanakan di atas talian secara langsung menerusi aplikasi Facebook (FB). Mohon Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian untuk add FB tersebut bagi memudahkan anda semua untuk mengikuti perkembangan sepanjang AGM dilaksanakan.

FACEBOOK LIVE AGM 2020 KKPPFKSM

Mohon ambil perhatian semasa proses AGM dilaksanakan, semasa Tuan-Tuan dan Puan-Puan ingin meninggalkan komen semasa FB Live tersebut, sila nyatakan nama penuh dan nombor ahli, dan diteruskan dengan soalan menggunakan perkataan penuh tanpa ada singkatan. Ini bagi memudahkan ahli mesyuarat untuk menjawab setiap pertanyaan untuk dibawa ke mesyuarat EXCO dan kepada yang berkaitan. Perincian berkaitan akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Hanya ada beberapa EXCO sesi 2018-2020 akan berada di lokasi manakala pemeriksa kertas undi terdiri daripada seorang ketua pemeriksa kertas undi akan hadir semasa mesyuarat tersebut. Kesemuanya adalah ahli KKPPFKSM yang berkhidmat di sekitar Lembah Klang berserta beberapa calon turut sama hadir.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan dikehendaki mengisi 'kehadiran' menerusi aplikasi Google Form yang akan dimaklumkan kelak. Mohon Tuan-Tuan dan Puan-Puan agar sentiasa mengambil maklum sebarang kemaskini menerusi laman blog ini bagi mendapatkan maklumat pantas dan tepat berkaitan KKPPFKSM.

Bagi mewakili Presiden dan seluruh EXCO, kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan semua sepanjang proses ini berlangsung. Ini merupakan tanggungjawab kali pertama pihak KKPPFKSM melaksanakan AGM dalam Norma Baharu dimasa yang penuh mencabar ini.

Sekian,

Admin
KKPPFKSM

13 Disember 2020

SURAT KEBENARAN POLIS BAGI MENGADAKAN AGM

SURAT AGM 2020

PENDAFTARAN KEHADIRAN AGM

BUKU PROGRAM AGM KKPPFKSM 2020



Popular Posts