CUTI TANPA REKOD
CUTI TANPA REKOD
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kepada Ahli yang dihormati,
Setiap Ahli Berhak, yang ingin menghadiri Mesyuarat Agung Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawai Farmasi Kerajaan Semenanjung Malaysia (KKPPFKSM), Tuan-Tuan dan Puan-Puan berhak memohon cuti tanpa rekod (CTR) menerusi majikan masing-masing. Ini berdasarkan kepada Kemudahan cuti tanpa rekod kepada ahli Kesatuan untuk menghadiri aktiviti Kesatuan merujuk kepada surat JPA.
Ruj : JPA(S)160/6/2klt.7(41) bertarikh 5 September 2001.
Akan tetapi, ianya terpakai tertakluk kepada budi bicara Ketua Jabatan masing-masing. Rancanglah aktiviti Tuan-Tuan dan Puan-Puan agar ianya tidak menganggu tugas hakiki masing-masing. Keutamaan harus diberikan bagi memastikan perkhidmatan kepada Rakyat sentiasa terjamin dan tidak terganggu gugat, di samping menjayakan sebarang aktiviti berkaitan Kesatuan.
Martabatkan Profesion, Raikan Kebersamaan