PERLEMBAGAAN KKPPFKSM
BUKU PERLEMBAGAAN
KESATUAN KEBANGSAAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI KERAJAAN SEMENANJUNG MALAYSIA
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Warga Penolong Pegawai Farmasi yang dihormati,
Sebagai ahli berhak, kepada Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawai Farmasi Kerajaan Semenanjung Malaysia (KKPPFKSM), laksanakan hak dan tanggungjawab anda, ambil cakna peranan dan fungsi sebagai ahli berhak, dengan memastikan segala urustadbir Kesatuan adalah berada pada tahap dan kualiti tertinggi, selaras dengan kehendak pihak Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS).
Sebagai sebuah Kesatuan berdaftar dibawah JHEKS, KKPPFKSM tertakluk kepada peraturan-peraturan asas penubuhannya, agar matlamat utama penubuhan mencapai maksud dan peranannya. Oleh yang demikian, sebagai badan berdaftar, Kesatuan senantiasa memastikan urustadbir lebih telus dan bertanggungjawab, dalam menjalankan perananya, bagi memastikan kebajikan dan masa depan profesion sentiasa terjamin.
Segala peranan, tugas, tatakerja dan urustadbir Kesatuan adalah berlandaskan garis panduan yang telah di tetapkan menerusi Buku Perlembagaan ini. Sebagai ahli berhak, Tuan-Tuan dan Puan-Puan berhak mengetahui dan menerima sebarang manfaat yang tertakluk di dalamnya. Jadi, laksanakan peranan Tuan-Tuan dan Puan-Puan, bersama-sama bagi memastikan urustadbir senantiasa berada pada tahap terbaik setiap masa.
Sebarang penambahbaikan kepada Perlembagaan ini, boleh di usulkan semasa Mesyuarat Agung (AGM) yang diadakan. Ini termasuk bagi menambah atau mengurangkan peruntukan tertentu di dalam Perlembagaan ini, dan tertakluk kepada kelulusan pihak JHEKS. KKPPFKSM sentiasa bertanggungjawab penuh dan secara terus kepada pihak JHEKS sebagai badan kawalselia Kesatuan di peringkat tertinggi.
Semoga profesion kita semakin bertambah baik di masa hadapan. Bersama kita mengembleng tenaga dan usaha untuk memartabatkan profesion.