Majlis Makan Malam Perasmian Mesyuarat Agung 2022
Majlis Makan Malam Perasmian Mesyuarat Agung 2022
Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawai Farmasi Kerajaan Semenanjung Malaysia
![]() |
Barisan EXCO 2020-2022 bersama YBHG Dato Haji Adnan bin Mat, Presiden CUEPACS |
Syukur Alhamdulillah, dengan limpah kurniaNya, Mesyuarat Agung 2022 telah berjaya dilaksanakan pada 26 Ogos 2022, bertempat di The Jerai Hotel, Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Terima kasih di ucapkan kepada seluruh pasukan Ahli Jawatankuasa Kedah yang terdiri daripada Wakil Negeri Kedah, Puan Intan Munirah bersama-sama pasukannya, berjaya menjayakan program pada kali ini.
![]() |
Sebahagian hadirin yang menghadiri Majlis Malam |
Program pada kali ini telah mendapatkan sambutan di luar jangka, dimana seramai lebih 200 orang menghadiri Majlis Makan Malam Perasmian Mesyuarat Agung serta Apresiasi kepada pesara Penolong Pegawai Farmasi, yang telah dirasmikan oleh Presiden CUEPACS, YBHG. Dato Haji Adnan bin Mat.
![]() |
Sidang Media YBHG Dato Haji Adnan bin Mat, Presiden CUEPACS |
Sebelum majlis berlangsung, pihak KKPPFKSM berkesempatan mengikuti sidang media YBHG Dato Haji Adnan bin Mat yang mana intipati sulidang media tersebut berkisar berkaitan beberapa tuntutan pihak CUEPACS kepada Perdana Menteri bagi menjaga kebajikan penjawatan awam, termasuklah isu Skim Perkhidmatan Bersepadu Penolong Pegawai Farmasi di Malaysia.
Hadirin terdiri daripada Penolong Pegawai Farmasi dari seluruh Semenanjung Malaysia, ada antaranya baru pertama kali terlibat secara aktif di dalam aktiviti Kesatuan. Ribuan terima kasih kami ucapkan di atas sokongan dan dokongan pihak Tuan Puan. Semoga dengan ini kita mampu menunjukkan semangat dan iltizam kita terhadap profesion kita.
Sila rujuk pautan di bawah bagi melihat keseluruhan gambar sepanjang majlis tersebut: