Mesyuarat Agung 2022
Mesyuarat Agung 2022
Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawai Farmasi Kerajaan Semenanjung Malaysia
Dan
Pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja Kebangsaan Sesi 2022-2025
![]() |
Gambar Ahli Mesyuarat Agung 2022 |
Telah berlangsung pada 27 Ogos 2022, bertempat di The Jerai Hotel, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Seramai lebih kurang 112 Ahli Berdaftar telah hadir termasuk pemerhati mengikuti keseluruhan proses mesyuarat termasuk proses Pengiraan undi bagi memilih Ahli Jawatankuasa Kerja Kebangsaan yang baharu.
![]() |
Mesyuarat turut dihadiri oleh ahli dari seluruh Semenanjung Malaysia |
Bagi pemilihan pada kali ini, kesemua jawatan utama iaitu, Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung, Penolong Setiausaha dan Bendahari telah menang tanpa bertanding, di mana penyandang sebelum ini mengekalkan jawatan mereka.
![]() |
Sebahagian daripada AJK Kedah yang menjadi tulang belakang disebalik kejayaan penganjuran pada kali ini. |
Manakala bagi jawatan EXCO memperlihatkan seramai 8 orang calon bertanding bagi mengisi 5 jawatan EXCO. EXCO Encik Mohd Ridzuan bin Othman yang telah menyandang jawatan EXCO pada sesi 2020-2022 telah bertukar kementerian ke kementerian pengajian tinggi dan melepaskan jawatan beliau sebelum tempoh berakhir lebih awal.
Calon-calon bagi jawatan EXCO pada kali ini terdiri daripada 4 orang penyandang dan 4 orang calon baharu termasuk seorang calon yang pernah bertanding pada sesi 2020-2022 lepas. Calon baharu terdiri daripada calon dari Johor, Pahang dan Kedah. Kesemua calon mempunyai portfolio yang sangat cemerlang di Negeri masing-masing.
Sesungguhnya persaingan amat sengit dan ini dilihat sangat positif, di mana pihak Kesatuan sangat mengalu-alukan individu berbakat dan mampu memberi komitmen tidak berbelah bahagi bagi menyertai kesatuan yang menjaga profesion ini, lebih-lebih lagi, Kesatuan kini bergerak secara aktif bersama-sama CUEPACS, Mapsu dan MBK S&T.
Tahap kecaknaan para ahli juga semakin memberangsangkan dan kami berharap trend sebegini akan terus meningkat seiring perkembangan semasa. Ini terbukti dengan kehadiran di luar jangka para ahli mesyuarat sehingga mesyuarat terpaksa di adakan di dalam keadaan yang sedikit sesak dan kurang selesa. Sekali lagi pihak Kesatuan memohon maaf di atas kesukaran yang dihadapi para ahli.
![]() |
Proses pengiraan undi yang diketuai oleh Tuan Haji Khalid bersama pasukannya yang sangat berdedikasi |
Kesemua ahli mesyuarat menerima elaun kehadiran mesyuarat, dan serahan sumbangan Tabung Kebajikan juga di berikan secara terus kepada dua Wakil Negeri iaitu Johor dan Terengganu pada mesyuarat tersebut.
Pengumuman keputusan undi telah di sempurnakan oleh Tuan Haji Khalid, yang merupakan Ketua Pemeriksa Undi yang sangat berpengalaman.
Calon-calon yang berjaya bagi menjawat jawatan EXCO bagi sesi 2022-2025 adalah seperti berikut:
1. Hajah Zanariah binti Mohd Arif (penyandang)
2. Hajah Hanisah binti Md. Duraibi (penyandang)
3. Puan Nur Sohaila binti Abdul Jalil (penyandang)
4. Encik Mohd Faizal bin Murad (penyandang)
5. Encik Roslan bin Omar (calon baharu)
Gambar-gambar sepanjang mesyuarat agung berlangsung pada pautan berikut: